Categories
Visited since 26/11/10
free counters
Visited times since Nov 30, 2010 (View My Stats)

Archive for March, 2023

Dear PAM Member,

We are pleased to inform you that there will be an upcoming CPD Seminar at
PAM Sabah Chapter .Below are the details of the talk :

Topic : A Technical Talk On Choosing The Right Tiles &  Way To Avoid Tiling Failures With The Right Installation Methods
Speaker : Ms. Phun Yoke Fong, Technical Services Manager
Date : 20th May 2023, Saturday
Time : 8.45am-12.00pm
Venue : PAM Sabah Mini Auditorium Kota Kinabalu

Fees :
PAM MEMBERS : FOC

CPD Points : 2 LAM CPD Point
Note : Please Email to PAM Sabah Secretariat at : [email protected]
Office : 088-232524/261313 

 

KK i-Fest : Sketching
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menganjurkan Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Bandaraya (KK i-Fest) 2023 bersempena sambutan ulang tahun ke-23 Bandaraya Kota Kinabalu pada 10 Mac 2023 hingga 12 Mac 2023 bertempat di Padang Merdeka Kota Kinabalu.

Antara aktiviti yang bakal dibawakan adalah Pameran Senibina Islam di mana salah satu komponen aktiviti di dalam pameran ini adalah penganjuran Pertandingan Sketching “Reimagining Masjid in the Future” dengan kerja sama Pertubuhan Arkitek Malaysia (Sabah Chapter).

Oleh yang demikian, warga awam adalah diundang untuk menyertai pertandingan ini dengan hanya mengisi borang daftar google form seperti di bawah (nota : PENYERTAAN ADALAH PERCUMA), tertakluk kepada syarat-syarat berikut ;

1. MATLAMAT ACARA PERTANDINGAN SKETCHING “REIMAGINING MASJID IN THE FUTURE”
Matlamat utama adalah untuk meneroka kreativiti masyarakat bukan sahaja dari aspek keindahan senibina masjid tetapi juga aspek fungsi atau peranan masjid mengikut perspektif serta imaginasi awam.
2. TEMA
“REIMAGINING MASJID IN FUTURE”
3. OBJEKTIF ACARA PERTANDINGAN SKETCHING “REIMAGINING MASJID IN THE FUTURE”
Memberi peluang kepada orang awam bagi menerokai idea senibina dan aspek kefungsian masjid pada masa akan datang.
Mempromosikan kefahaman dan nilai serta aspek senibina islam pada umum.
Menarik penyertaan orang awam dalam acara yang dianjurkan sempena sambutan Hari Bandaraya Kota Kinabalu ke-23
4. SYARAT – SYARAT PENYERTAAN
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan berumur di antara 15 tahun ke atas.
Penyertaan adalah PERCUMA.
Tiada had penyertaan walau bagaimanapun hanya SATU (1) lakaran sahaja yang layak untuk dipilih sebagai pemenang.
Lakaran secara manual (lakaran tangan).
Setiap lakaran hendaklah disertakan dengan imej digital iaitu dalam bentuk (softcopy) minimum resolusi 1920 x 1080 pix untuk tujuan rekod DBKK.
Ukuran lakaran adalah bersaiz A3 dan dilekatkan di atas ‘mounting board’ berwarna hitam.
Meletakkan nama surau dan nombor telefon di belakang ‘mounting board’.
Lakaran perlu dihantar di Jabatan Landskap DBKK sebelum tarikh /masa tutup.
Semua lakaran yang dihantar akan menjadi hak milik DBKK
Keputusan juri adalah muktamad
Hanya lakaran terpilih akan dipamerkan di tapak pameran.
Pemenang akan diumumkan pada 12 Mac 2023 di tapak acara.

5. PANDUAN PENILAIAN SKETCHING
5.1 Markah penuh bagi penilaian dan pemarkahan lakaran ialah 100. Taburan markah bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
Mesej lakaran- (40 markah)
Kreativiti – (25 markah)
Mengikut tema – (20 markah)
Teknik lakaran – (15 markah)
5.2 Setiap lakaran yang akan dinilai dan diberikan markah mestilah menepati syarat – syarat yang telah ditetapkan dengan REKA BENTUK/LAKARAN YANG TIDAK MELANGGAR SYARAK. Rekabentuk yang tidak menepati kriteria – kriteria tersebut tidak akan dipertimbangkan.

6. TARIKH PENYERTAAN
Tempoh penyertaan bermula pada 01 Mac 2023
7. TARIKH TUTUP
Tarikh tutup penyertaan pada 08 Mac 2023 sebelum jam 5:00 petang.
8. HADIAH PERTANDINGAN

Hadiah Pertama : RM 500 + Sijil
Hadiah Kedua : RM 400 + Sijil
Hadiah Ketiga : RM 300 + Sijil
Hadiah Saguhati x 7 : RM 150 + Sijil

9. BORANG & MAKLUMAT PERTANDINGAN
Sila isikan borang google seperti di bawah untuk pendaftaran.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi;
– Ar. Fazidin (016-8814196) PAM Sabah
– Urusetia PAM Sabah (088232524, 088261313)
– Pn. Sherin (016-8301844) DBKK

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdMXSsSaKwQ-QyxyKmkWNU0-PK7n9KH00XvUFnV7eRK0LWutg/viewform

Advertisements



PAM book

 

PAM mini auditorium for rent

March 2023
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031